Lawan JDT memang sukar, kita akan cuba yang terbaik dan ikut perancangan jurulatih – David Rowley

107

Pemain Sri Pahang FC, David Rowley mengakui perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) Rabu depan adalah perlawanan yang sukar.

Beliau berkata mereka akan cuba melakukan yang terbaik dan mengikut segala perancangan oleh ketua jurulatih, Fandi Ahmad.


“Lawan JDT minggu depan memang sukar tetapi kita akan lakukan yang terbaik.

Kita ada masalah kecederaan dan penggantungan tetapi kita akan berjuang dan ikut perancangan jurulatih,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas kemenangan 1-0 Sri Pahang ke atas Penang dalam saingan Liga Super.

Beliau gembira Sri Pahang mencatat satu lagi kemenangan dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga selepas 11 perlawanan.

Sementara itu, beliau mahu menampilkan prestasi yang baik bersama kelabnya itu supaya mendapat panggilan ke skuad kebangsaan.

“Saya nak menang dengan Sri Pahang itu yang penting, jika Kim Pan-gon nampak persembahan saya bagus, ia bergantung kepada dirinya.”

Kali terakhir Rowley menyarung jersi Harimau Malaya adalah ketika kejohanan Piala AFF hujung tahun lalu.