Ramai rakan serta pemain dari pasukan lain beri semangat kepada saya selepas kehilangan anak – Syazwan Andik

1,392

Pemain Sri Pahang FC, Syazwan Andik mengakui ramai pihak yang memberinya semangat selepas kehilangan anaknya baru-baru ini.

Katanya, rakan sepasukan, barisan kejurulatihan serta rakan-rakan dari pasukan lain juga ada memberi sokongan moral terhadap dirinya untuk terus tabah.


“Ramai kawan, barisan kejurulatihan, pemain-pemain dari pasukan lain serta ramai lagi yang beri sokongan kepada saya untuk teruskan semangat menghadapi dugaan tersebut,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Syazwan berkata, beliau kini sedang berusaha untuk menampilkan prestasi yang baik untuk mencerahkan peluang beliau terpilih ke Piala Asia 2023.

Katanya, beliau memerlukan minit permainan yang banyak dan akan mengambil peluang sebaiknya.

Beliau berkongsi pengalaman menewaskan Korea Selatan pada Sukan Asia 2018 adalah satu pengalaman yang manis dan tidak dapat dilupakan.