Lim Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan bayaran baki kontrak

1,166

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim telah membuat aduan atau representasi kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan berikutan penamatan kontrak yang disifatkan sebagai pra matang.

Teong Kim yang diwakili peguamnya Adam Yap memberitahu bahawa beliau dan anak guamnya berpendapat bahawa penamatan kontrak secara serta merta adalah tidak sah dan tidak adil.


“Kami membuat satu reprentasi atas alasan penamatan kontrak beliau yang berkuatkuasa serta merta pada 24 Mei baru-baru ini adalah satu penamatan kontrak yang pra matang.

Ini kerana kontrak Datuk bersama Perak FC adalah dua tahun tapi kontrak beliau ditamatkan selepas lapan bulan sahaja bersama pasukan, jadi kami berpendapat ia satu penamatan kontrak yang tidak sah dan tidak adil.

Jadi Datuk di sini pada hari ini mempunyai hak untuk membuat satu representasi atau aduan dan tugas jabatan ini adalah untuk menghubungi Perak sebagai badan pendamai,”

ujar Adam Yap.

Adam bagaimanapun berkata sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat, mereka akan terus dengan tindakan undang-undang pula.

Dalam pada itu, Teong Kim menjelaskan bahawa aduan yang dilakukan ini bukan untuk mencari salah sesiapa, sebaliknya beliau hanya mahu menuntut haknya iaitu baki bayaran 16 bulan dari kontrak dua tahunnya.

“Ini hak saya. Seperti yang peguam saya katakan saya hanya tuntut hak saya sahaja. Tak lebih tak kurang.

Saya datang ke Perak dengan hati yang baik, jadi saya nak keluar pun dengan hati yang baik juga. Itu sahaja.”

Terdahulu, pihak pengurusan The Bos Gaurus telah mengambil keputusan mengejutkan ramai apabila memecat Teong Kim sebagai ketua jurulatih selepas pasukan itu prestasi hambar pasukan itu pada saingan Liga Super.