Feroz pertahanan paling sukar saya lawan di Malaysia, ketika itu beliau beraksi di JDT II lagi – Jack Hindle

2,156

Bekas penyerang Kelantan FC, Jack Hindle menyifatkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin sebagai pertahanan yang paling sukar beliau hadapi ketika bermain di Malaysia.

Kataya, beliau pernah berdepan pemain itu ketika kedua-dua beraksi di Liga Perdana, Feroz ketika itu beraksi bersama JDT II, dan perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.


“Kami pernah bertemu ketika itu beliau main dengan JDT II, saya sebagai pemain import sudah tentu datang dengan jangkaan yang tinggi daripada penyokong.

Jadi apabila ada pemain sepertinya yang mampu menyaingi saya ia adalah satu pertarungan yang amat bagus untuk diri saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya, pertahanan import yang dirasakan begitu sukar untuk beliau tembusi pula adalah bekas pemain Sarawak United, Taylor Reagan.

Dalam pada itu, beliau merasakan bahawa dua pemain muda tempatan yang mempunyai potensi besar untuk berkelana di kelab luar negara adalah dua bintang JDT iaitu Hong Wan dan Arif Aiman.

“Saya nampak kebolehan Hong Wan sangat bagus dan beliau telah kecapi banyak kejuaraan serta pernah beraksi di peringkat tertinggi Asia iaitu AFC Champions League, bagi saya beliau boleh bermain di Korea Selatan atau Jepun.

Saya juga lihat Arif Aiman mempunyai kebolehan yang amat bagus, saya ada juga tonton persembahannya dengan pasukan kebangsaan, saya rasa jika ranking Malaysia melepasi 100 ke atas mungkin banyak pasukan luar, termasuk di Arab Saudi, berminat mendapatkannya.”

Pemain yang berasal dari England itu sempat beraksi di Liga Malaysia selama satu musim iaitu pada tahun 2021 sebelum kembali ke negara kelahirannya.