IG Score, aplikasi keputusan sukan dipacu data lengkap

62

Bola sepak adalah sukan nombor satu di dunia dan peminat bola sepak kini tidak hanya mahu melihat keputusan semata-mata, sebaliknya mereka kini juga memberi perhatian terhadap data statistik perlawanan, pemain dan pelbagai lagi.

Kini dengan adanya aplikasi IG Score, peminat bola sepak di Malaysia boleh mengikuti perkembangan bola sepak secara langsung di seluruh dunia atau lebih 2,600 liga bola sepak dan kejohanan yang sedang berlangsung.


Tidak hanya terhad kepada keputusan perlawanan separuh masa pertama dan sepenuh masa sahaja, IG Score turut memberi akses kepada peminat butiran terperinci seperti penjaring gol, bantuan gol, layangan kad, pertukaran pemain dan statistik perlawanan serta carta kedudukan semasa pasukan di liga.

Liga Super Malaysia, Liga 1 Indonesia, Premier League (EPL), La Liga, Serie A, Bundesliga dan Ligue 1

Aplikasi IG Score adalah sebuah platform yang dipacu oleh data ini tidak terhad kepada bola sepak sahaja tetapi juga sukan dari termasuk badminton, bola keranjang, tenis, e-sukan, bola tampar, hoki dan banyak lagi.

Pendek kata, liga mana yang anda ingin dan sukan apa yang anda mahu semuanya adalah di platform IG Score.

Tidak hanya sekadar untuk menyaksikan perkembangan terkini secara langsung, pengguna juga boleh berhubung dengan pengguna lain di ruangan Chatroom untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perlawanan yang disaksikan.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi IG Score di Apple App Store dan Google Play Store, selain turut boleh mengikuti perkembangan sukan kegemaran di lawan sesawang www.igscore.com sekaligus memberi pengguna akses kepada kandungan di mana-mana sahaja mereka berada.

Selain akses kepada kandungan sukan kegemaran, pengguna juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik setiap bulan yang akan diwar-warkan di semua platform media sosial IG Score; Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.