Sergio Aguero jadi contoh, tukar kerakyatan bukan disebabkan bola sepak saja, tetapi bangga menjadi rakyat Malaysia

476

Inisiatif pemain naturalisasi kebangsaan iaitu Sergio Aguero untuk meningkatkan lagi kualiti penguasaan Bahasa Melayu dengan mengambil kelas persendirian wajar menjadi contoh buat pemain naturalisasi lain yang kini sedang bersama skuad kebangsaan.

Sebelum ini, kapten pasukan Sri Pahang itu juga turut pernah menjalankan kewajipan beliau sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.


Perkara tersebut turut dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana benar-benar mempunyai daya usaha sendiri untuk mendalami menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Dari pandangan para peminat, perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang positif buat perkembangan arena sukan negara kerana memiliki semangat patriotik yang tinggi setelah bergelar penduduk tetap di negara ini.

Pemain naturalisasi lain juga yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya perlu mempunyai inisiatif yang serupa sekurang-kurangnya bagi meningkatkan penguasaan dalam aspek komunikasi demi kebaikan diri di masa akan datang.

Malah, dapat melihat para pemain naturalisasi ini menyanyikan lagu kebangsaan iaitu Negaraku juga pasti akan memberi kebanggaan buat para peminat bola sepak tempatan untuk terus memberikan sokongan dengan sepenuh jiwa raga.

Sebagai seorang warganegara tidak kisahlah negara apa sekalipun, lagu kebangsaan adalah amat satu kebanggaan dan jika seseorang warganegara tidak menghafal lagu kebangsaan sendiri, dia boleh dikatakan masih belum ‘sempurna’ menjadi warganegara.

Tambahan pula, sedangkan pemain negara jiran iaitu Saddil Ramdani juga fasih menyayikan lagu Negaraku, maka tidak menjadi alasan buat para pemain naturalisasi negara menyanyikan lagu Negaraku sebagai rakyat Malaysia.

Besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat pemain-pemain tersebut menyayikan lagu Negaraku dengan bersemangata, lebih-lebih lagi di kejohanan besar Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar kelak untuk bermain demi lencana di dada dan bukan untuk mendapatkan kad pengenalan semata-mata.