Gan Teik Chai seorang yang mudah cakap I love you, miss you kepada rakan – Koo Kien Keat

1,465

Bekas pemain beregu badminton nombor satu negara iaitu Koo Kien Keat juga mengakui bahawa pemergian mendiang Gan Teik Chai amat sukar bagi dirinya untuk menerima kerana hubungan persahabatan yang begitu rapat dan kerap berjumpa sebelum ini.

“Pada kali pertama menerima khabar ini memang tidak boleh terima kerana hubungan kami memang rapat, hampir setiap minggu memang akan berjumpa,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kien Keat yang turut pernah digandingkan bersama mendiang sebagai pemain beregu negara juga masih menjadikan pesanan mendiang sebelum ini kepada dirinya sebagai satu inspirasi buat beliau meneruskan kehidupan.


“Apa yang mendiang James Gan bagitahu adalah agar buat perkara yang akan membuatkan kamu gembira. Jangan terlalu banyak berfikir dan tertekan serta perlu ada keseimbangan dalam hidup berkerja. Itu yang paling penting.”

Memori ketika bersama-sama di dalam Persatuan Badminton Malaysa (BAM) merupakan perkara yang tidak dapat beliau lupakan kerana mereka merupakan rakan sebilik bersama dan terlalu banyak nostalgia manis yang beliau tidak dapat luahhkan telah mereka lalui.

“Mendiang merupakan seorang yang tiada ego, seorang lelaki yang mudah cakap I love you, miss you kepada kawan-kawan.”

Pemergian mendiang pasti berat buat Kien Keat kerana mempunyai hubungan seperti adik-beradik sejak bersama-sama menceburkan diri dalam arena badminton negara.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap
and choose
Add to Home Screen