Saya bukan hanya sebagai jurulatih tetapi juga sebagai kawan, abang dan ayah kepada mendiang” – Rexy Mainaky

108

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky turut hadir ke Majlis Penghormatan Terakhir Mendiang Gan Teik Chai menjelaskan bahawa hubungan yang baik di antara beliau dan mendiang bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar gelanggang.

“Saya bukan hanya sebagai jurulatih buat mendiang, tetapi juga sebagai kawan, abang dan ayah kepada mendiang sendiri”

Rexy yang turut pernah melatih mendiang suatu ketika dahulu mengakui bahawa mendiang Gan Teik Chai sentiasa memberikan fokus dalam latihan dan tidak banyak mengeluh malah sentiasa mahu membuktikan bahawa dirinya adalah yang terbaik sebagai seorang pemain badminton.


“Saya boleh melihat ketika mendiang Gan Teik Chai membuat satu pukulan yang baik dalam gelanggang, mendiang seakan mahu membuktikan kepada lawannya bahawa beliau adalah yang terbaik”

Semasa melatih mendiang dahulu, beliau juga telah mengesan bakat yang ada pada Gan Teik Chai sebagai pemain yang akan bersinar.

“Ketika mendiang berpasangan dalam beregu bersama Koo Kien Kiet dan Zakry Latif, waktu itu saya telah melihat bahawa mendiang mempunyai masa hadapan yang cerah dalam sukan badminton”

Tambahan pula, beliau melihat bahawa pemergian mendiang merupakan satu kehilangan yang sangat besar bagi arena badminton Malaysia dengan bakat dan penggalaman yang banyak di pentas antarabangsa.

Ini kerana Rexy sendiri menganggap pemergian mendiang yang merupakan seorang pemain yang sangat berbakat dan tempat beliau takkan dapat diganti oleh mana-mana individu sekalipun.

“Dunia badminton ini kehilangan seseorang individu yang cukup besar walaupun beliau tiada pencapaian besar, Gan Teik Chai tetap sebagai lagenda badminton.”