Terima kasih kepada mendiang Gan Teik Chai kerana sebelum ini banyak menjaga saya – Tan Boon Heong

221

Pemergian mendiang Gan Teik Chai meninggalkan seribu kenangan buat bekas pemain badminton negara Tan Boon Heong yang turut berasal dari negeri yang sama iaitu Kedah. Malah, beliau turut terkejut dengan pemergian mendiang pada umur yang masih muda.

Ketika masih remaja beliau merupakan antara individu yang telah banyak diberikan tunjuk ajar serta dijaga oleh mendiang dalam membantu meningkatkan mutu permainan serta karier beliau sebagai seorang pemain badminton.


“Dahulu ketika remaja, mendiang selalu menjaga saya kerana sama berasal dari Kedah. Jadi terima kasih kepada mendiang kerana telah menjaga saya sebelum ini”

Walaupun bergelar sebagai pemain senior, tetapi tetap tidak menjadi penghalang buat mendiang mempunyai hubungan yang akrab bersama Boon Heong yang ketika itu masih berstatus sebagai pemain muda dalam arena badminton negara.

Pemain itu turut menganggap bahawa mendiang Gan Teik Chai sebagai antara pemain senior kegemaran beliau kerana pandai mengambil hati serta sifat pemurah yang mendiang miliki.

“Ketika saya junior, mendiang selalu membawa saya makan dan mendiang merupakan antara junior terbaik bagi diri saya sendiri”

Hasrat mendiang yang sebelum ini ingin kembali aktif bermain badminton dan bersenam juga tidak kesampaian, malah Boon Heong juga tidak berkesempatan untuk memberikan raketnya kepada mendiang.

“Saya berjumpa dengan mendiang di lapangan terbang dan mendiang ingin kembali bermain badminton dan meminta raket daripada saya tetapi belum sempat beri raket mendiang sudah tiada.”