Adakah bakal ada sinar baru jika Jailani Sidek dilantik sebagai Presiden BAM?

139

Selepas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan peletakan jawatan beliau pada penghujung tahun ini, nama bekas pemain badminton negara Datuk Seri Jailani Sidek kini menjadi sebutan yang dikatakan akan menjadi orang pertama yang menawarkan diri untuk mengisi kerusi panas tersebut.

Penggalaman yang dimiliki oleh Jailani sebagai bekas pemain badminton negara dilihat sebagai individu yang layak menjawat jawatan itu.


Malah, penggalaman beliau sebagai Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri ketika ini juga pasti sedikit sebanyak dapat membantu sekiranya beliau diberikan peluang untuk menerajui BAM nanti.

Tambahan pula, bekas pemain nombor satu negara iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei buat masa ini tidak berminat untuk mengambil jawatan penting dalam BAM itu.

Dengan kemelut yang masih berterusan dalam pengurusan badan induk itu, Datuk Misbun Sidek yang sebelum ini ditamatkan kontrak lebih awal tanpa sebarang perbincangan bersama dijangkakan bakal menolak tawaran yang diberikan BAM kepada dirinya itu

Malah, sekiranya Jailani dilantik sebagai presiden BAM, tidak mustahil jika nama Misbun akan kembali kedengaran untuk memegang jawatan dalam kejurulatihan kerana penggalaman beliau yang cukup besar dalam selok-belok arena badminton negara.

Bekas pemain badminton seperti Jailani merupakan antara individu yang layak untuk memegang tampuk pemerintahan dalam BAM.

Hal ini ekoran presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kini turut diterajui oleh bekas pemain badminton perseorangan juga iaitu Poul-Erik Hoyer Larson.

Oleh itu, sekiranya Jailani diberikan peluang pasti bakal memberikan impak yang positif kepada pembanggunan badminton Malaysia kerana merupakan individu yang tepat serta mempunyai reputasi yang tinggi dalam sukan badminton.