Richard Mainaky pernah berjaya rampas pingat emas Olimpik dari Malaysia

162

Sekiranya di Malaysia terkenal dengan keluarga Sidek dalam arena sukan badminton negara, di negara jiran Indonesia pula terkenal dengan keluarga Mainaky yang turut aktif dalam sukan badminton serta banyak menyumbang kepada arena badminton negara itu.

Richard Mainaky yang merupakan bekas jurulatih beregu campuran skuad badminton Indonesia pernah melatih beregu campuran sensasi mereka iaitu pasangan Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir suatu ketika dahulu.


Antara penggalaman yang mendebarkan Richard semasa melatih pasangan itu adalah ketika bertemu pasangan daripada Malaysia iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pada perlawanan akhir dalam kejohanan Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

Dalam saingan besar itu, Tontowi dan Liliyana menang ke atas beregu campuran Malaysia itu 21-14 dan 21-12 sekaligus berjaya menafikan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik.

Ketika era tersebut, perlawanan menentang Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying  merupakan antara lawan yang bakal memberikan cabaran utama sekiranya sama-sama turut serta di dalam sebarang kejohanan badminton.

Gandingan ini juga beberapa kali bertemu dengan pasangan Malaysia seperti ketika kejohanan Terbuka Indonesia, Terbuka Singapura, dan juga Sukan Komanwel.

Walau bagaimanapun, Richard yang merupakan abang kepada Rexy Mainaky telah banyak menyumbangkan keringat beliau buat negara Indonesia dalam aspek kejurulatihan sukan badminton khususnya.

Kisah keluarga Richard yang lahir dalam keluarga miskin tegar wajar dijadikan inspirasi buat pemain Malaysia dalam meningkatkan lagi semangat untuk terus berusaha mencapai cita-cita.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen