Lee Zii Jia wajib tunjukkan kebangkitan pada Kejohanan Dunia BWF 2023

170

Walaupun dikhabarkan bakal pulang awal pada Kejohanan Dunia BWF 2023 edisi kali ini selepas diundi bertemu dengan pemain nombor lima dunia dari Indonesia yang sedang berada pada kemuncak prestasinya iaitu Jonatan Christie.

Lee Zii Jia perlu mengambil peluang ini untuk menutup mulut orang ramai yang langsung tidak meletakkan kepercayaan terhadap dirinya ketika masih bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaiknya seperti sebelum ini.


Malah, beliau perlu terus positif dan menjadikan cabaran ini sebagai peluang untuk memberikan aksi terbaik kerana masih memiliki baki dua minggu lagi sebelum kejohanan yang bakal berlangsung di Copenhagen, Denmark itu bermula.

Walaupun rekod kejohanan sebelum ini beliau sering terkandas sekadar di pusingan pertama sahaja, Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2023 membuktikan bahawa beliau berada pada landasan yang tepat apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

Tambahan pula, rekod pertemuan dengan Jonatan Christie sebelum ini dalam semua tujuh perlawanan menyaksikan tiga kemenangan secara berturut-turut berjaya diperolehi oleh Zii Jia dalam perlawanan terakhir mereka manakala empat perlawanan dimenangi oleh Jonatan.

Dengan kali terakhir bertemu adalah pada Kejohanan Terbuka Demark 2022 tahun lepas pasti Zii Jia dapat menggunakan penggalaman daripada perlawanan tersebut untuk mengambil kesempatan akan kekurangan lawannya itu.

Jurulatih beliau kini iaitu Wong Tat Meng pasti dapat menambah rencah dalam menyediakan anak didiknya itu dengan prestasi yang sebenar sebagai langkah persediaan sebelum bermulanya kejohanan itu kelak.

Zii Jia perlu menunjukkan kebangkitan segera pada kejohanan yang akan datang ini agar dapat kembali menempa nama sebagai pemain negara nombor satu negara.

Dengan kejohana Sukan Olimpik 2024 Paris semakin dekat, kejohanan ini dilihat satu platform yang harus beliau gunakan untuk bangkit semula, memandangkan beliau akan bertemu dengan pemain-pemain terkemuka pada Olimpik nanti.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil perseorangan badminton negara iaitu Ng Tze Yong bakal menentang Zhao Jun Peng dari China pada aksi pembukaan nanti.