Indra Putra memang bagus tapi untuk cari kemenangan saya perlu tukar dengan pemain muda-Ailton Dos Santos Silva

73

Jurulatih Kelantan United, Ailton Dos Santos Silva minta penyokong memahami bahawa Indra Putra sudah berumur dan agak sukar untuk beliau bermain di setiap perlawanan berdepan pemain muda dan juga import.

Ailton yang ditemui dalam sidang media tidak menolak kenyataan bahawa Indra Putra Mahayuddin sememangnya pemain yang mempunyai rekod dan prestasi yang sangat menakjubkan dalam karier bola sepaknya namun demi meraih kemenangan beliau terpaksa untuk memilih pemain-pemain muda atau import bagi mengisi posisinya jika berhadapan perlawanan yang sukar.


“Saya perlu buat banyak perubahan terutama di bahagian tengah dengan memasukkan pemain muda dan kita semua faham bahawa Indra sudah berumur 40-an beliau bukan muda lagi, bukan mudah untuknya bersaing dengan pemain-pemain muda,”

“Tetapi untuk rekod dan prestasi saya tidak boleh sangkal dia memang bagus namun untuk mencari kemenangan saya perlu buat pertukaran untuk posisinya,”

Meskipun kalah pada malam ini namun Ailton akui pemain-pemainnya bermain dengan sangat baik tatkala Sirojiddin Rakhmatullaev yang baru pulih daripada kecederaan bahagian belakang dan juga pembantu kapten pasukan Kelantan United Abdul Latiff Suhaimi yang dikhabarkan demam sebelum perlawanan hari ini.

“Latiff semalam demam, tapi saya puji beliau bermain dengan sangat baik hari ini dan saya melihat untuk 20 ke 30 minit beliau sudah mula tunjuk tanda positif,”

“Sirojiddin bagi saya beliau bermain baik hari ini kerana sebelum ini beliau mengalami kecederaan di belakang badan dan direhatkan selamat 12 hari tanpa bermain bola dan hanya melakukan pemulihan dalam seminggu lagi beliau mungkin akan pulih sepenuhnya.”

Kelantan United malam ini memberi tentangan sengit buat tuan rumah Negeri Sembilan FC apabila menjaringkan gol seawal minit ketiga perlawanan sekaligus memberi sinar harapan namun malangnya skuad jang tampil lebih garang dan menutup perlawanan dengan skor 4-2.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen