Berjuang sehingga habis, maruah pasukan bergantung kepada pemain itu sendiri-Latiff Suhaimi

35

Ketua pasukan Kelantan United, Abdul Latiff Suhaimi menyifatkan sakit bukan satu halangan bagi dirinya menggalas tanggungjawab malam ini dalam membawa pasukannya mengharungi cabaran sehingga tamat perlawanan tidak mengira apa sahaja keputusan di akhir perlawanan.

Ailton Dos santos memaklumkan bahawa Latiff mengalami demam sebelum perlawanan malam ini namun menurut pemain yang bermain di posisi pertahanan itu ia tidak menghalangnya untuk bermain selain ingin berjuang bersama-sama rakan sepasukannya.


“Tanggungjawab kepada pasukan meskipun kita kalah atau menang kita perlu berjuang sehingga tamat perlawanan kerana maruah pasukan bergantung kepada pemain itu sendiri,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Latiff sendiri, beliau akui nasib mala mini tidak menyebelahi mereka memandangkan kesemua pemain Kelantan United sudah memberikan sehabis baik dan buktinya mereka berjaya menjaringkan gol seawal minit ketiga perlawanan mengejutkan tuan rumah.

“Pemain semua bagi kesungguhan sepenuhnya dan mengikut taktikal yang ditetapkan jurulatih namun kelalaian kita menyebabkan keputusan tidak menyebelahi Kelantan United malam ini,”

Menamatkan kemaraan di kejuaraan Piala Malaysia musim ini, Latiff menasihati rakan sepasukan agar terus memberikan fokus dan kesungguhan mereka untuk cabaran di hadapan mereka selepas ini.

“Saya cuma pesan kepada rakan sepasukan supaya untuk fikir kehadapan fokus terhadap Liga Super Malaysia dan Piala Cabaran nanti.”

Perlawanan berakhir dengan Negeri Sembilan FC mara ke pusingan seterusnya menentang Johor Darul Ta’zim manakala Kelantan United akan meneruskan perjuangan mereka di Piala Cabaran.