Malaysia mampu buat yang terbaik pada Piala Asia B-23 dan layak ke pusingan seterusnya – Alif Ikmarizal

97

Penyerang skuad B-23 negara, Alif Ikmalrizal percaya Malaysia mampu memberi saingan yang baik pada kejohanan Piala Asia B-23 di Qatar tahun depan.

Katanya, walaupun kejohanan itu bakal menampilkan pasukan-pasukan hebat seperti Korea Sealatan, Jepun dan Qatar, beliau yakin Malaysia mampu layak ke pusingan seterusnya.


“Kita tahu pada kejohanan itu nanti ada pasukan-pasukan bertaraf dunia yang akan bertanding seperti Korea, Jepun dan Qatar, saya rasa pasukan Malaysia boleh buat terbaik dan layak ke peringkat seterusnya.

Sasaran saya adalah untuk beraksi pada kejohanan itu, saya mahu bersaing untuk dapatkan tempat di kelab dan buat yang terbaik apabila dapat peluang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, beliau mengakui cabaran untuk merebut tempat di bahagian serangan kerana kehadiran pemain import tetapi sedar bahawa persaingan adalah asam garam dalam dunia bola sepak.

Beliau melihat antara pasukan yang mampu memberikan cabaran adalah Thailand yang semakin maju dalam bola sepak.

“Saya rasa antara negara yang paling mencabar adalah Thailand kerana mereka sudah banyak kemajuan contohnya padang dan VAR.”

Katanya, impiannya buat masa ini adalah untuk merebut tempat untuk bermain dalam saingan Liga Super dan beraksi dengan baik sebelum cuba berkelana ke luar negara satu hari nanti.