Tahniah buat Perak FC dan semoga berjaya menentang JDT – Datuk Ong Kim Swee

254

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji semangat yang ditonjolkan skuad seladang dan mengucapkan selamat maju jaya untuk pusingan seterusnya bertemu Johor Darul Ta’zim.

“Saya ucapkan tahniah dan semoga dapat buat yang terbaik untuk berdepan dengan JDT di mana ini akan memberi suatu impak yang berlainan kepada penyokong-penyokong Perak,”

Menurut bekas jurulatih skuad kebangsaan itu juga, faktor padang yang basah dan kecergasan pemainnya memainkan peranan penting dalam mendapatkan keputusan yang baik bagi perlawanan malam ini.


“Keadaan padang yang agak lembab termasuk tempoh hari kita bermain di likas hujan kemudian selang beberapa hari kira bermain lagi jadi ini merupakan antara beberapa faktor yang menyebabkan keletihan pemain-pemain kita,”

Sabah FC yang turun dengan harapan dapat memberi kejutan di gelanggang tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 hasil jaringan pemain berpengalaman, Wan Zack Haikal sebelum menutup saingan babak pertama.

OKS yang sedar dengan objektif pasukan untuk kekal di kelompok lima terbaik liga turut mahu pasukannya kekal cergas untuk menghadapi wakil Indonesia, PSM Makassar yang dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober depan di Bali.

“Saya harus memikirkan banyak perkara tertutama aspek kecergasan pemain sebelum kita bertemu PSM Makassar di Bali nanti.”