Tak kisah walaupun pertahanan yang jaringkan gol, kita bermain sebagai satu pasukan – Steffi Sarge Kaur

108

Kapten skuad bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sarge Kaur menganggap kejayaannya menjaringkan satu-satunya gol negara pada kejohanan Women’s International Friendly adalah hasil kerjasama berpasukan.

Katanya, walaupun beliau merupakan pemain pertahanan, ia tidak menjadi masalah kerana bola sepak adalah permainan berpasukan.


“Bagi saya tak kisah siapa yang jaringkan gol yang penting kita menang kerana kita bermain sebagai satu pasukan.

Mungkin ada kekurangan dari bahagian serangan, dan saya sebagai pertahanan bernasib baik dapat bantu pasukan menjaringkan gol, kalau kawan saya tidak berjaya dapatkan sepakan percuma saya pun mungkin tak dapat jaringkan gol,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau merasakan kejohanan itu adalah satu pengalaman dan pendedahan yang sangat baik buat pemain-pemain muda, dan melihat kelemahan dan kekurangan mereka.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak mempunyai perancangan untuk bersara buat masa ini dan akan terus bermain sekiranya masih diperlukan.

“Saya punya kecintaan memang terhadap bola sepak kalau tak memang saya tak main dah sekarang, saya dah 17 tahun berada dalam industri bola sepak wanita negara.

Saya pun tak ada perancangan untuk berhenti lagi, selagi saya masih cergas dan mampu bermain, serta selagi pasukan perlukan saya, selagi itu saya akan terus berkhidmat untuk negara.”

Beliau berharap orang ramai akan terus memberikan sokongan terhadap bola sepak wanita untuk meningkatkan lagi industri itu di Malaysia.