Sebagai penyerang memang ada tekanan tidak berjaya jaringkan gol – Usliza Usman

126

Penyerang Malayan Tigress, Usliza Usman mengakui beliau ada merasakan tekanan kerana tidak berjaya menjaringkan gol pada kejohanan Women’s International Friendly baru-baru ini.

Katanya, beliau sudah mencuba sebaik mungkin untuk menjaringkan gol, tetapi pemain pertahanan yang juga kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur yang mendapat rezeki untuk menjaringkan gol.


“Untuk kejohanan ini saya sangat berpuas hati dengan persembahan kami, bagi saya saingan Liga Wanita Nasional (LWN) membantu kami dapatkan kecergasan.

Untuk saya pula, sebagai penyerang memang agak tertekan tidak berjaya jaringkan gol, tetapi Alhamdulillah kerana kapten sendiri yang berjaya jaringkan gol,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya, pengalaman pertama bermain di bawah ketua jurulatih, Soleen Al-Zou’bi adalah amat berharga dan akan digunakan untuk membantu pasukannya, Sabah dalam saingan LWN.

Beliau juga melihat skuad Malayan Tigress sudah mengalami banyak perubahan yang positif sejak kehadiran Soleen.