Mat Zan Mat Aris tinggalkan Imigresen FC jika mereka ke Liga Super

526

Ketua jurulatih pasukan Imigresen FC (IFC), Mat Zan Mat Aris memberitahu beliau akan meninggalkan kelab itu sekiranya mereka sah akan beraksi di Liga Super pada musim hadapan.

Mat Zan berkata demikian selepas beliau berjaya membawa pasukan itu menjulang kejuaraan Liga M3 baru-baru ini.


“Kita sudah susah payah untuk muncul juara Liga M3, jadi harap dapat main di Liga Super nanti.

Sasaran pengurusan dan saya untuk jadi juara sudah tercapai. Pihak pengurusan juga sudah tawarkan kontrak baru kepada saya untuk musim depan.

Tapi jika IFC ke Liga Super saya tidak akan bersama pasukan lagi kerana untuk jadi pengendali Liga Super saya perlu ada lesen Pro A tapi ketika ini saya hanya ada lesen A sahaja,”

katanya.

Jelasnya lagi, dengan usianya sudah meningkat naik beliau tidak mempunyai perancangan untuk mengambil lesen Pro A kerana kos yang tinggi.

Dalam pada itu,  beliau juga berkata sekiranya IFC bermain di Liga Super beliau akan mencari cabaran baru bersama pasukan lain pula yang beraksi di Liga M3.

“Saya akan teruskan karier dalam dunia kejurulatihan selagi saya mampu.”