Pihak pengurusan perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ – Bobby Gonzales

158

Dalam memberikan kata putus mengenai kewangan sesebuah pasukan bola sepak, pihak pengurusan seharusnya lebih berwaspada dalam pengaliran wang pasukan dengan membuat keputusan yang paling tepat.

Bekas penyerang Sarawak FA, Bobby Gonzales menyarankan pihak pengurusan setiap pasukan bola sepak negara untuk sentiasa berbelanja mengikut kemampuan pasukan berbanding memilih kemahuan untuk jangka masa yang pendek.


Sewaktu disoal tentang isu bayaran gaji salah satu pasukan di Liga M3 iaitu Sarawak United FC, Bobby menjelaskan bahawa pihak bertanggungjawab perlu sentiasa mengambil kira peruntukan tahunan yang ditentukan buat sesebuah pasukan.

“Setiap pasukan harus ambil kira pengeluaran bajet, sebagai contoh seperti keputusan pembelian pemain,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Ianya juga melibatkan pembelian berlebihan yang tidak sepatutnya berlaku kepada pasukan.

Beliau yang ditemui di Padang Kontena, Kota Kinabalu hari ini berkata ianya demi mengelakkan penambahan hutang yang berkemungkinan semakin berlarutan.

Isu pembayaran gaji juga mampu menjejaskan reputasi pasukan secara keseluruhannya di masa akan datang.

Bobby juga mengatakan bahawa pasukan Sarawak United bukanlah pasukan tunggal yang menghadapi kemelut pembayaran gaji selama berbulan.

Masalah ini telah pun menghantui ramai pemain bola sepak dari pasukan-pasukan yang lain dan di liga yang berbeza.

Enggan berbual panjang mengenai konflik ini, Bobby percaya kekuatan sesebuah pasukan amat berkait rapat dengan penjagaan kebajikan pemain yang baik.

Beliau yakin kebagusan pihak pengurusan dalam menjaga kebajikan pemain yang amat penting demi kelangsungan dan kecemerlangan kesemua pasukan bola sepak negara.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen