Tak sangka dapat jaringkan gol, sebelum masuk jurulatih ada pesan kepada saya jaringkan gol – Muhammad Isa Raman

469

Pemain Terengganu FC II, Muhammad Isa Raman tidak menyangka bahawa beliau akan menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir Piala MFL 2023 untuk membantu pasukannya menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Beliau yang masuk sebagai pemain gantian berkata apabila melihat peluang di depan mata beliau terus melakukan rembatan dan gembira ia berjaya membuahkan hasil.


“Saya memang rasa sangat gembira, tak jangka boleh jaringkan gol tetapi apabila nampak peluang itu saya dapat terjemahkannya.

Ketika itu memang saya nampak ruang dan terus melakukan rembatan untuk menjaringkan gol,”

Katanya, ketua jurulatih, Hairuddin Omar ada berpesan kepadanya untuk memberikan 100 peratus dan menjaringkan gol sebelum beliau dimasukkan.

Beliau mendedikasikan gol tersebut kepada para penyokong Terengganu, serta ibu bapa dan isterinya.

Dalam pada itu, Isa berkata bahawa beliau akan terus kekal bersama pasukan itu pada musim depan sekiranya ditawarkan kontrak baharu.

Beliau hanya akan berhijrah ke pasukan lain sekiranya tiada tawaran kontrak baharu dilakukan.