7 kelab M3 gagal dapat Lesen Kebangsaan walaupun kriteria sudah direndahkan – Stuart Ramalingam

422

Biarpun kriteria sudah direndahkan, Imigresen FC dan enam lagi kelab M3 tetap gagal dapatkan Lesen Kebangsaan

Juara saingan Liga M3 musim ini iaitu Imigresen FC (IFC) yang sepatutnya beraksi dalam saingan Liga Super pada musim hadapan tidak dapat berbuat demikian berikutan mereka gagal untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan Liga Super musim 2024-2025.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL) iaitu Datuk Stuart Ramalingam yang turut berkata enam lagi kelab dari M3 turut gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan.

“Berkenaan kelab yang beraksi di Liga M3 yang menghantar permohonan daripada tujuh pasukan untuk menyertai Liga Super menerusi permohonan lesen ‘Extraordinary’, kami telah menetapkan kriteria berdasarkan kriteria sedia ada bagi memastikan kami dapat merendahkan kriteria untuk penyertaan ke Liga Super kepada kriteria paling minimum.

Kita tidak boleh ada garis ukur pasukan Liga Super berbanding dengan pasukan AFL. Ia perlu diukur dengan sama kerana mereka akan bermain dalam liga yang sama pada musim depan,”

katanya.

Selain Imigresen, enam kelab lain yang tidak berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan adalah Harini FT, KL Rovers, Perlis United FC, Armed Forces FC, Melaka FC dan Sarawak United FC.

Menurut Stuart antara kriteria yang ditetapkan adalah dokumen baki kewangan di bank, sokongan kelab, bajet 2024-2025, pelan perniagaan dan pendapatan.

Malangnya ketujuh-tujuh kelab ini gagal melengkapkan kriteria dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Susulan itu, tiada pasukan yang akan dinaikkan ke Liga Super biarpun berjaya menjuarai saingan Liga M3.