Kembalilah Sanusi! Bola sepak Kedah perlukan anda!

418

Meniti di tangga ketiga Liga Super musim ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC dilihat seakan ‘hilang punca’ tanpa naungan penuh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kali ini.

KDA FC yang tidak dinafikan juga mempunyai kelebihan dari segi memiliki pemain yang hebat, jurulatih yang bijak serta ramai penyokong tegar, nampaknya lebih selesa dibayangi skuad The Red Giants.


Mata pasukan yang hampir menandingi pasukan itu, mengapa usaha KDA FC musim ini menemukan garisan penamat begitu pantas?

Barangkali pasti kerana ‘pengaruh besar’ kelab itu tidak bersama mereka lagi.

Beliau yang merupakan Menteri Besar Kedah ketika ini dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah menyuntik semangat buat pasukan itu untuk beraksi lebih cemerlang lebih-lebih lagi sewaktu beliau mengemudi KDA FC.

Seperti musim lalu, kemunculan beliau menyokong kelab itu berjaya menjadikan kelab itu sebagai tumpuan umum meskipun kadangkalanya terpalit dengan beberapa kontroversi yang berpanjangan.

Ianya amat berbeza dengan musim ini yang merasai kehilangan Sanusi di dalam KDA FC.

KDA FC pastinya memerlukan beliau untuk kembali musim hadapan!

Kehadiran Sanusi bukan sahaja dapat kekal memberi motivasi pemain hanya dengan tindakan ‘lincah’ beliau namun ianya juga berupaya dalam menarik penaja yang lebih besar bagi membuat pelaburan dalam pasukan tersebut.

Para penaja juga akan lebih mudah untuk mengembangkan ‘networking’ mereka bersama kerajaan negeri yang sedang dibawah jagaan beliau kini sebagai Menteri Besar.

Secara tidak langsung, pasukan bola sepak Kedah keseluruhannya akan terus membangun hasil dari impak kemasukan semula Sanusi didalam KDA FC.

Antara bukti yang dapat kita lihat, kedua-dua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC adalah disokong teguh oleh kerabat diraja negeri masing-masing.

Ternyata, ianya memainkan peranan yang cukup penting buat Sanusi untuk pulang ke KDA FC, menjadi batu loncatan skuad itu serta sumber motivasi mereka tanpa henti.

Siapa tahu KDA FC mampu menambahbaik kedudukan di Liga Super musim hadapan sekaligus mengorak langkah ke Asia juga?