Bahagian pertahanan yang lemah beri impak buruk buat Terengganu FC

320

Jurulatih Terengganu FC Tomislav Steinbrukner percaya kekalahan Terengganu FC mungkin berpunca dari bahagian pertahanan mereka.

Beliau mengakui dirinya telah mengubah sedikit sebanyak posisi pemain sehingga secara tidak langsung ianya menyumbang kesan buruk kepada skuad Penyu itu.


Namun meskipun tidak berpuas hati sepenuhnya dengan kekalahan ke atas pasukan pihak lawan, Tomislav tetap berbangga dengan pencapaian menyamakan kedudukan selama separuh masa pertama yang ditunjukkan anak buahnya.

Perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu telah menyaksikan kemenangan selesa kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 ke atas pasukan skuad Penyu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah buat pasukan saya dan juga pasukan JDT atas kemenangan malam ini.”

Katanya sewaktu sesi sidang media selepas perlawanan itu semalam.

Apabila disoal mengenai kondisi padang yang kurang baik, beliau setuju bahawa ianya tidaklah berada dalam keadaan yang terbaik namun tidak juga terlalu buruk.

“Keadaan padang mungkin tidak sempurna tapi ianya tetap sama untuk pasukan.”

Jurulatih itu juga tidak menafikan kelincahan aksi pemain sayap kiri JDT, Arif Aiman yang memiliki taktikal permainan yang bagus.

“Pemain saya tidak dapat bermain dengan baik dalam mengawal dan mengehadkan langkah pemain itu kerana Arif Aiman adalah seorang pemain yang hebat.”

Setelah mengemudi pasukan itu selama semusim, Tomislav percaya dirinya tidak berpuas hati sepenuhnya namun mampu memahami keadaan tersebut dikaitkan dengan penukaran jurulatih serta penolong jurulatih yang baharu.

“Cara setiap pemain menerima dan menyesuaikan diri dengan pengurusan serta keadaan baharu pastinya berbeza-beza.”