Jika KPG mahu panggil saya dia akan panggil, jika tidak mungkin pada masa depan – Hong Wan

304

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan menyerahkan nasibnya bersama pasukan kebangsaan di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Katanya, beliau hanya fokus untuk memberi persembahan yang terbaik bersama JDT, dan sekiranya beliau dipanggil untuk beraksi bersama Harimau Malaya, beliau akan menyahut panggilan itu.


“Saya gembira bermain untuk JDT dan beraksi sebaik mungkin yang termampu.

Tiada tekanan buat saya, jika jurulatih mahu panggil saya (bermain untuk Malaysia), dia akan panggil tetapi jika tidak mungkin pada masa depan,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang menyaksikan pasukannya menang 3-1 ke atas Terengganu.

Katanya, menentang Terengganu adalah sukar kerana mereka merupakan satu pasukan yang baik dan sentiasa memberi cabaran.

Tambahnya, keadaan padang yang tidak memuaskan juga menjadi satu cabaran buat mereka untuk cuba bermain pada perlawanan itu.

“Jelas padang bukan dalam keadaan yang terbaik, ia merencatkan sedikit permainan tetapi saya rasa kedua-dua pasukan sudah berikan yang terbaik.”