Kesebelasan utama ditukar setiap perlawanan, peluang buat semua pemain beraksi – Stefano Cugurra

87

Meski ramai pemain yang tercedera ketika perlawanan, ianya tidak menjadi penghalang Ketua jurulatih Bali United FC Stefano Cugurra buat mengekalkan prestasi persembahan pasukan itu di tahap optimum.

Ini kerana beliau lebih memilih untuk rotate posisi anak buahnya untuk setiap perlawanan.


“Saya akan menukar kesebelasan utama untuk setiap perlawanan.”

“Pemain yang mempunyai kecederaan yang serius mungkin akan direhatkan pada musim hadapan.”

Katanya sewaktu sesi sidang media Bali United FC pagi ini.

Beliau sempat akui ramai bintangnya yang mengalami kecederaan musim ini namun optimis ianya tiada tekanan melampau buat Bali United FC.

Kapten pasukannya Ilija Spacojevic juga tidak menafikan jumlah pemain berkualiti yang mereka miliki, membuatkan mereka lebih selesa untuk beraksi dan menukar pemain.

Pemain penyerang Bali United FC itu yakin perlawanan esok adalah sebuah persaingan yang sihat diantara dua pasukan tersebut.

“Terengganu FC mempunyai ramai pemain yang hebat membuatkan kami kena fokus kepada pasukan kami sepenuhnya.”

“Mereka pastinya mempunyai peluang yang cerah untuk menang namun kami akan tetap terus berjuang.”

Bali United FC akan bertemu dengan Terengganu FC pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan AFC Cup di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada malam esok.