Kontrak bakal tamat, Sony Norde belum puas beraksi bersama Terengganu FC

435

“Esok pihak pengurusan akan menentukan nasib pemain Terengganu FC, kekal atau pergi.”

Ditemui selepas perlawanan akhir peringkat kumpulan G bersama Bali United FC, pemain penyerang Terengganu FC Sony Norde mendedahkan bahawa esok merupakan hari penentuan buatnya termasuk semua rakan seperjuangan untuk terus kekal ke musim seterusnya.

Baginya segala keputusan terletak pada tangan pihak pengurusan dalam mengatur langkah pasukan itu dengan baik.


“Kontrak saya akan tamat 31 Disember ini, pastinya saya selesa kekal disini namun semuanya terpulang kepada mereka untuk memilih.”

Jawabnya ringkas.

Perlawanan malam itu baginya agak mengecewakan atas kehilangan peluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya meskipun beliau akui telah memberikan aksi yang terbaik.

Disoal mengenai tanggungjawabnya sebagai kapten pasukan pada perlawanan kali ini, beliau berkata ianya belum dapat dipastikan sama ada untuk perlawanan itu sahaja atau untuk seluruh musim.

“Sudah tentunya seronok untuk menjadi ketua kepada sebuah kelab tapi kita akan lihat keadaannya bagaimana.”