Sikap ‘brotherhood’ diantara Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia masih okay kan?

82

“Saya dengan Lee Zii Jia hanya kawan sekerja.”

Itu kenyataan ringkas dijawab wakil beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik, hari ini seolah-olah memberi bayangan bahawa keakraban diantara dirinya bersama jaguh perseorangan negara itu kini seakan semakin pudar.

Menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat arena badminton negara, ayat ‘rakan sekerja’ disini sepertinya tidak relevan, melihatkan betapa terserlahnya persahabatan yang cukup erat antara mereka selama ini. 


Didalam sebuah upacara bersama jenama Haier hari ini ternyata bekas juara dunia kategori beregu lelaki itu memberi pandangan dingin sebegitu.

Manakala Zii Jia pada ketika ini sedang berlibur bersama dua teman seperjuangannya iaitu  wakil beregu campuran, Lai Pei Jing dan juga pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei.

Namun jika dilihat dari sudut berbeza, jadual Soh Wooi Yik juga amat padat sejak kebelakangan ini.

Beliau baru sahaja pulang dari kejohanan BWF World Tour Finals dan terbukti masih menjalani latihan di Petronas Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara beberapa hari lalu.

Semoga segala tanda tanya dan kemusykilan para peminat tegar sukan badminton negara akan terlerai dengan bukti kemesraan dua bintang ini seperti sedia kala.