Sasaran Man Wei Chong untuk jadi Top 15 belum tercapai, ingin kaji semula kelemahan pihak lawan

85

Menjelang kejohanan Malaysia Open awal bulan hadapan, ramai jaguh badminton negara sedang gigih berusaha demi memperbaiki reputasi serta mengubah corak permainan agar tidak mudah dibaca pihak lawan.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran sukan Olimpik Paris pada Julai 2024, yang akan kembali menyaksikan perebutan pingat emas sekali lagi untuk Malaysia buat pertama kalinya.


Ianya tidak terkecuali kepada pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang diletakkan harapan yang cukup tinggi dari peminat tegar sukan itu serta seluruh rakyat Malaysia.

Man Wei Chong ketika ditemui pagi ini akui bahawa target sebenarnya beregu itu pada tahun ini ternyata belum sempat dicapai.

“Pada tahun ini, kita tak sampai target lagi. Kami ingin mendapatkan kedudukan sekurang-kurangnya nombor 15 ke atas. Namun sekarang kami masih di nombor 19.”

“Kami belum boleh gembira, masih perlu berusaha dan berlatih dengan lebih keras lagi.”

Katanya ketika ditemui di Petronas Akademi Badminton Negara (ABM).

Beliau percaya antara caranya bagi mengecapi sasaran itu adalah dengan mengkaji semula kelemahan pihak lawan yang bakal ditemui.

“Pelan permainan adalah berbeza bagi setiap perlawanan, jadi kami perlu membuat homework dan bersedia dengan strategi baharu.”

“Kita perlu cari lagi opponents punya kelemahan.”

Baginya kesemua penambahbaikan perlu dibincang dengan teliti bersama jurulatih mereka berdua dalam misi mencari ruang untuk terus diperbaiki.