Kekangan masa tak halang lagenda negara sahut ‘seruan’ Rexy Mainaky, Chong Wei bakal jadi pengurus pasukan badminton negara di Olimpik!

58

Atas rasa apresiasi yang mendalam terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beberapa pemain senior badminton kebangsaan akan ‘masuk gelanggang’ meskipun dalam kesibukan masa!

Ianya hanya dengan satu tujuan, demi mengenggam pingat emas Olimpik pertama negara Julai ini.


Menurut Pengarah Kejurulatihan Petronas Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, antara yang ‘diseru’ kembali adalah Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

“Dalam perbincangan kami, kesemua mereka rela hati untuk membantu BAM atas dasar kecintaan kepada akademi.”

“Ianya bagaikan suatu payback buat mereka.”

Jawabnya kepada wartawan Harimau Malaya pagi ini.

Beliau akui bahawa disebabkan kekangan masa yang mengehadkan kunjungan mereka ke sana, ianya akan disesuaikan dengan jadual harian pihak ABM.

Baginya kemunculan lagenda-lagenda negara itu amat disambut baik memandangkan kepakaran mereka dapat dijadikan teladan buat para pemain mengikut kategori mereka.

“Tze Yong boleh dapat idea bermain, Datuk Lee boleh kaitkan dengan pengalaman selama ini.”

“Buat Koo dan Tan, mereka pernah menjadi pemain yang amat baik. Ia mungkin boleh jadi sesuatu yang baik untuk Aaron dan Wooi Yik.”

“Ini boleh jadi suatu yang positif untuk pemain yang khususnya akan disiapkan ke Olimpik.”

Selain itu, Rexy sempat mengumumkan bahawa Datuk Lee Chong Wei bakal menjadi manager buat pasukan badminton negara dikala Olimpik nanti.

Kesemua jaguh badminton pilihan itu juga sempat kongsi principles tentang keinginan bagi semua pihak (BAM, jurulatih, atlet).

“Saya percaya Datuk Lee, Tan Boon Heong dan Koo juga ada menolong independent players yang memiliki peluang ke Olimpik.”

“Jadi kita lihat (inisiatif) satu Malaysia (secara menyeluruh) bagaimana ingin dapatkan pingat emas Olimpik pertama.”

Rexy sempat berkongsi dengan ketangkasan pemain lagenda yang semakin berkurangan, namun kebijaksanaan bermain tetap bermanfaat buat para atlet.

Beliau kerap menasihati atlet negara untuk memerhatikan gerak geri serta corak pemainan atlet lagenda ketika mereka beraksi sewaktu latihan.