“Sebelum lapor polis kita kena lihat pelbagai faktor! Saya tak pasti SPRM ada lawat FAM atau tidak!”

21

Sidang media bersama Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkenaan status terkini isu surat layang yang diterima FAM baru-baru ini. Sidang media ini berlangsung selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Kerjasama (MoU) di antara Super Football League (SFLI) dan Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka (BARU), serta pelancaran Liga M5 Negeri Sembilan dan Melaka 2024 di Hotel Ideas Kuala Lumpur sebentar tadi.