Setiap pemain negara sudah bersedia untuk segala kemungkinan di Piala Thomas nanti – Haikal Nazri

16

Pemain badminton beregu muda negara, Haikal Nazri memberitahu setiap pemain dalam pasukan kebangsaan perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk segala kemungkinan termasuk menggantikan pemain lain sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Seperti yang cakap sebelum ini, kejohanan Thomas Cup ini adalah kejohanan berpasukan jadi apa sahaja boleh terjadi, sebagai contoh ada pemain yang sakit sekaligus kita kena gantikan pemain itu.

Bukan saya sahaja tapi semua dalam pasukan ini kena bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Haikal pada masa sama juga berkata beliau sendiri tiada masalah sekiranya terpaksa bertukar pasangan kerana sudah punya pengalaman sebelum ini dan tiada masalah untuk mendapatkan keserasian.


“Untuk kejohanan saya sebelum ini pernah berpasangan dengan Nur Izzuddin jadi untuk dapatkan keserasian itu tidak ada masalah.”

Tambahnya lagi, biarpun sedikit risiko apabila bertukar pasangan tetapi beliau berpandangan berbeza iaitu ia boleh menjadi senjata rahsia negara.

Beliau berkata demikian selepas tamat sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai persiapan dirinya menjelang Piala Thomas, Haikal berkata semuanya berjalan dengan cukup lancar.

“Setakat ini Alhamdulilah persiapan berjalan dengan cukup baik sekali dan berdasarkan latihan semasa saya dapati terdapat peningkatan kualiti permainan berbanding sebelum ini.”

Skuad negara akan terbang ke Chengdu, China dalam masa terdekat ini bagi menghadapi kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung pada 28 April hingga 5 Mei ini.