Liga Malaysia sudah nak mula tapi siasatan insiden gaduh Penang FC & TFC II belum selesai

505

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberitahu mereka akan membuat siasatan berhubung pergaduhan membabitkan pemain Penang FC dan Terengganu FC II (TFC II) yang mana pemain yang bersalah bakal berdepan hukuman.

Bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang khabar berita mengenai pemain mana yang akan dikenakan hukuman, sedangkan saingan Liga Malaysia bakal membuka tirai tidak lama lagi sekaligus mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air.


Rasanya bukan peminat sahaja yang tertanya-tanya tetapi juga ketua jurulatih, pemain dan pihak pengurusan kedua-dua pasukan yang masih menanti keputusan siasatan oleh Jawatankuasa Tataterbit FAM.

Paling terkesan sudah semestinya ketua jurulatih yang kini berada dalam situasi tidak menentu kerana tidak dapat membuat percaturan rapi untuk menghadapi perlawanan pembukaan dek tidak tahu pemain jenis hukuman yang bakal dikenakan terhadap pemain-pemain yang terlibat.

Terdahulu, ketika pertemuan terakhir Piala Menteri Besar Terengganu antara TFC II dan Penang telah dicemari dengan insiden pergaduhan pada penghujung separuh masa pertama.

Insiden itu telah menyebabkan seorang pemain Penang iaitu Adib Raop mengalami kecederaan patah hidung akibat ditumbuk pemain TFC II.

Susulan itu, Penang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan stadium pada separuh masa kedua sekaligus memberi kemenangan percuma kepada TFC II yang kemudiannya menjulang Piala Menteri Besar Terengganu.

Bila agaknya FAM akan umumkan keputusan siasatan itu? Sebelum saingan bermula atau selepas? Diharap siasatan dapat selesai dalam tempoh terdekat supaya memudahkan ketua jurulatih membuat perancangan pasukan.

Dalam pada itu, satu lagi isu yang menjadi perhatian ramai adalah kemelut yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) apabila Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya masih lagi presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa pihak tidak mempunyai kuasa untuk dalam kemelut tersebut kerana mereka hanya boleh bekerjasama sama, sebaliknya ia di bawah tanggungjawab Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Perak FC bukan sahaja berdepan kemelut kepimpinan tetapi juga dikenakan sekatan pengambila pemain baru oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) baru-baru ini, sehingga beberapa pemain baru tidak dapat didaftarkan.

Malaysian Football League (MFL) selaku pengelola liga kemudian telah tampil menyatakan pihak mereka sedia untuk memberi ‘pengecualian’ kepada skuad The Bos Gaurus sekiranya kuota pemain pasukan itu tidak mencukupi.

‘Pertolongan’ dari MFL itu dibuat kerana mahu memastikan pasukan itu dalam beraksi di Liga Perdana, pada masa sama memastikan masa depan pasukan dan pemain tidak terkubur begitu sahaja.

Kemelut membabitkan Perak berlaku sejak pertengahan musim lalu selepas lebih separuh daripada pemain meninggalkan pasukan itu berikutan masalah tunggakan gaji.

Kegagalan melangsaikan tunggakan gaji juga mendapat punca pasukan itu jatuh ke Liga Perdana dan berkemungkinan tidak akan beraksi berikutan situasi terbaru ini.

Bagaimanapun sekiranya MFL dalam membantu Perak dalam mendaftarkan pemain, persoalan yang timbul ketika ini adakah Perak dapat survive hingga hujung musim atau masalah sama akan timbul semula.

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Perak kerana pasukan itu sebelum ini merupakan salah sebuah pasukan gergasi utara, namun kini ia hanya tinggal kenangan.

Mampukah Perak kembali pada zaman kegemilangan mereka? Sama-sama kita tunggu.