Kenny Pallraj kesal dengan komen berbaur perkauman terhadapnya

2,702

Pemain KL City FC (KLCFC), Kenny Pallraj meluahkan rasa kesal dengan komen-komen berbaur perkauman oleh netizen terhadapnya.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya, Kenny turut berkata selain komen negatif, beliau juga menerima banyak komen positif daripada orang ramai.


I have received supportive comments from some, some even saying that I should just put it aside and move on.

Some went on to say derogatory things and even said was ‘koyak’. Surprisingly lots of ‘racist’ comments,”

tulisnya.

Dalam kenyataan tersebut, pemain tengah itu mengakui insiden kad merah membabitkan dirinya telah mencetuskan perbalahan dikalangan peminat.

Beliau menjelaskan bahawa baginya padang adalah tempatnya bertempur dan mengakui kadang-kala emosinya terbawa-bawa kerana terlalu mahukan kemenangan.

Tambahnya lagi, realitinya setiap pemain bola sepak mahu menang dalam setiap perlawanan.

Walaupun dihentam teruk oleh peminat, Kennya tidak ambil hati kerana itu adalah pandangan peribadi masing-masing dan beliau akan tetap dengan pendiriannya.

Dalam pada itu, wartawan ternama The Star, T. Avineshwaran turut tampil memberi pandangan peribadinya mengenai perlawanan panas membabitkan KLCFC dan JDT pada Rabu lalu.

Selain menyentuh mengenai mutu pengadilan, beliau juga memperkatakan mengenai insiden kad merah membabitkan Kenny yang mana beliau berkata Kenny dipukul terlebih dahulu sebelum beliau membuat tindak balas.

Sementara itu, mengakui sebagai manusia beliau juga kadang-kala membuat kesilapan, tetapi beliau akan belajar dari kesilapan lalu.