Kuala Lumpur gah menjulang piala kali keempat

93

Baru-baru ini telah berlangsungnya kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2021 bermula pada 20 sehingga 23 Disember 2021. Bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Pada hari pertama kejohanan perlawanan peringkat kumpulan. Manakala sebelah petangnya perlawanan peringkat suku akhir.

Pasukan pilihan iaitu Selangor tumpas kepada Johor dengan mata 43-45. Selangor yang dibarisi 6 orang pemain kebangsaan tetap tewas kepada Johor diatas faktor persediaan.


Persediaan pasukan Selangor agak terjejas kerana bencana alam yang menimpa di Lembah Klang hujung minggu lalu. Kekangan persiapan menjejaskan kempen mereka untuk memberi persaingan ke peringkat seterusnya.

Antara pasukan yang layak ke separuh akhir adalah pasukan Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Terengganu. Pada hari terakhir berlangsungnya perlawanan separuh akhir di sebelah pagi dan perlawanan akhir di waktu petang.

Kuala Lumpur berjaya menewaskan Perak dengan jumlah mata 46-26, manakala Johor menewaskan Terengganu dengan perbezaan mata yang tipis sahaja 34-31.  Johor akan bertemu Kuala Lumpur di peringkat akhir bagi menentukan siapa bakal juara untuk edisi kali ini.

Pada perlawanan akhir, pasukan Kuala Kuala Lumpur mudah menundukkan pasukan Johor apabila memenangi perlawanan dengan jumlah mata yang besar 61-26. Pasukan Kuala Lumpur dilihat lebih tersusun dan bertenaga dalam serangan dan bertahan untuk memenangi perlawanan berbanding Johor.

Kemenangan pasukan Kuala Lumpur ini merupakan kali keempat berturut-turut mereka menjulang piala kejohanan ini. Pasukan Kuala Lumpur dilihat cukup gah untuk mendapatkan kejuaraan buat kali keempat. Selain itu, pada kejohanan kali ini ramai pasukan menghantar muka baru atau pemain muda bagi menimba pengalaman serta memberi mereka peluang untuk beraksi di peringkat kebangsaan.

Sumber Foto : Persatuan Bola Jaring