Selangor FC buru pemain Liga Thai

358

Selepas penggempur utama Selangor FC iaitu Ifedayo Olusegun berpindah ke Melaka United FC. Kini Selangor sedang giat mencari pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang kelahiran Nigeria itu.

Ifedayo yang memenangi anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Super dua musim berturut-turut telah menjadi penyerang yang prolifik untuk Selangor FC. Ini merupakan satu kerugian buat skuad The Red Giant’s justeru mereka mensasarkan beberapa penyerang yang sekarang beraksi di Liga Thai.


Terdapat dua penyerang yang sedang diintai Selangor FC iaitu Dennis Murillo dan Derley. Dua penyerang dari Brazil ini sedang dipantau oleh pengurusan Selangor bagi mendapatkan kedua-dua pemain Brazil ini.

Dennis Murillo kini beraksi bersama Chonburi FC mempamerkan aksi dengan cemerlang apabila berjaya meledak 8 gol dalam dan melakukan bantuan sebanyak 7 kali dalam 14 perlawanan beliau diturunkan. Selain penyerang yang berusia 29 tahun ini juga boleh beraksi di bahagian sayap.

Sumber Foto : Chonburi FC Official

Derley pula yang berusia 33 tahun beraksi untuk Ratchaburi FC sebagai penyerang utama. Rekodnya juga agak baik dengan sembilan gol dan satu bantuan gol dalam 15 perlawanan.

Sumber Foto : Bangkok Post

Walau bagaimanapun, Pihak Selangor FC dikatakan lebih berminat untuk membawa Dennis Murillo ke tanah air diatas faktor umur beliau yang lebih muda berbanding Derley yang sudah melebihi 30an.

Sebelum itu, Selangor FC pernah berunding untuk dapatkan penyerang BG Pathum United FC akan tetapi rundingan itu menemui jalan buntu apabila pemain tersebut mengumumkan untuk terus bersama BG Pathum United FC pada musim hadapan.