Tiga hero Terengganu FC

353

Terengganu FC baru sahaja mengumumkan perlantikan penolong jurulatih mereka yang terbaru iaitu Hairuddin Omar bagi merancakkan lagi persediaan mereka menjelang musim hadapan. Hairuddin Omar atau dikenali sebagai “Hai-O” akan membantu Nafuzi Zain selaku ketua Jurulatih Terengganu FC bersama pembantu yang sedia ada Tengku Hazman Raja Hassan.

Pengalaman luas yang dimiliki oleh Hairuddin Omar sebagai seorang penyerang yang berkaliber mampu membantu skuad Penyu itu merangka sebuah pasukan yang mantap terutama sekali di bahagian serangan.


Bagi peminat nama Hairuddin Omar cukup sinonim dengan pasukan Terengganu kerana beliau pernah beraksi bersama skuad Penyu dari tahun 1999 sehingga tahun 2002. Hairuddin Omar yang terkenal dengan sifat lantangnya mampu mendidik dan mengajar para pemain untuk meningkatkan mutu permainan terutama sekali pemain muda yang kian meningkat naik.

Malahan Hairuddin Omar juga seorang yang tegas jadi memang wajar beliau dilantik menjadi pembantu jurulatih kerana beliau boleh membentuk disiplin para pemain kerana pemain zaman sekarang mentalitinya cepat koyak.

Disamping itu, dengan kembalinya ketiga-tiga jurulatih ke Terengganu sebagai jurulatih sudah pasti dapat mereka merindui zaman kegemilangan masing-masing semasa menjadi pemain di Terengganu. Pengurusan skuad Penyu bijak mendapatkan jurulatih yang faham akan keperluan yang diperlukan dalam kelab. Disini juga kita akan mampu melihat tiga orang bijaksana dari pantai timur bergabung demi membawa pulang piala ke Terengganu FC setelah kali terakhir dimenangi pada 10 tahun yang lalu.

Sumber Foto : Terengganu FC Official