Dominique Da Sylva dilamar Negeri Sembilan

332

Dominique Da Sylva merupakan bekas pemain KL City FC dikhabarkan bakal kembali ke kancah liga Malaysia apabila dilaporkan Skuad Hobin Jang Hobin berminat untuk mendapat khidmat pemain kelahiran Mauritania ini.

Dominique Da Sylva dilepaskan oleh KL City FC pada pertengahan tahun lalu kerana beliau mengalami kecederaan jangka panjang justeru merencatkan perancangan KL City FC pada musim lalu. Pada musim lalu, beliau hanya sempat beraksi sebanyak 6 perlawanan sebelum mengalami kecederaan panjang. Malahan pada tahun 2020, Dominique Da Sylva beraksi untuk pasukan Terengganu FC. Beliau beraksi dengan cemerlang apabila berjaya meledak 9 gol dalam 10 perlawanan sebelum liga dihentikan akibat Pandemik COVID-19 ini.


Sumber Foto : KL City FC

Dominique Da Sylva juga merupakan seorang pemain yang mempunyai stamina tinggi serta rajin melakukan tekanan terhadap pihak lawan. Beliau juga seorang yang versatil dimana mampu beraksi di pelbagai posisi seperti penyerang dan pemain sayap.

Dengan kemasukannya ke skuad Negeri Sembilan, beliau mampu memberi impak serta menambah kekuatan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim hadapan. Negeri Sembilan yang baru sahaja dipromosikan ke Liga Super setelah memenangi gelaran juara Liga Premier musim ini.

K. Devan sudah pasti mempunyai persiapan tersendiri bagi membentuk skuad yang terbaik menjelang musim hadapan yang bakal bermula tak lama lagi. Malahan dengan kehadiran Dominique Da Sylva dapat membantu dari segi pembangunan bagi membentuk pemain muda skuad Negeri Sembilan kearah yang lebih matang. Selain tu, Negeri Sembilan juga telah menandatangani Khair Jones bekas pemain kebangsaan bagi memperkuatkan jentera pertahanan mereka.

adakah K. Devan mampu membawa mereka kembali gah di Liga Super seperti suatu ketika dahulu. Mari sama-sama kita nantikan persaingan Liga Super pad musim hadapan yang akan bermula tidak lama lagi.

Sumber Foto : KL City FC