Pendekatan #Yakinilokal terbaik untuk Negeri Sembilan FC?

231

Krisis kemenangan Negeri Sembilan FC dalam siangan Liga Super 2023 telah menjadi tumpuan ramai pada musim ini apabila mereka gagal mencatatkan kemenangan lagi selepas tiga perlawanan apabila sekadar mengutip dua mata sahaja.

Mereka bermula dengan perlahan apabila seri dalam dua perlawanan awal, namun pada perlawanan ketiga menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), mereka telah dibelasah teruk 7-0.


Kemasukan empat lima pemain import iaitu Vinicius Leonel Ferreira Da Silva, Levy Madinda, Herold Goulon, Casagrande dan Safuwa Baharudin tampak tidak memberi impak langsung.

Pada musim ini juga terdapat perbezaan cukup ketara dari segi corak permainan dan tidak menggambarkan mereka mampu lagi untuk menjadi pesaing utama musim ini.

Mungkin pengurusan kelab boleh memberi ruang buat pemain-pemain import mereka untuk pamerkan kualiti untuk bantu pasukan sehingga ke pertengahan musim ini sebelum buat keputusan untuk kekalkan atau bawa masuk pemain import baru.

Bagaimanapun sumua sedia maklum, skuad Jang Hobin musim ini berdepan kekangan bajet apabila peruntukan bajet mereka musim ini lebih rendah berbanding musim lalu.

Tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan jika mahu berjaya kerana ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’! Mungkin mereka boleh ikut jejak langkah seperti PJ City FC yang menggunakan 100% pemain tempatan.

Mereka yang memperkenalkan slogan #Yakinilokal telah membuktikan pemain-pemain tempatan juga mempunyai kualiti sekiranya diberi peluang atau minit permainan.

PJ City telah membuktikannya apabila mereka menamatkan musim mereka di kedudukan pertengahan liga dan bukannya tangga tercorot walaupun tanpa kelibat pemain import.

Lebih hebat lain mereka menjadi salah sebuah pasukan yang melahirkan ramai pemain kebangsaan antaranya V. Ruventhiran, Syihan Hazmi, Kalamullah Al-Hafiz, Kogileswaran Raj, Darren Lok dan beberapa lagi.

Walaupun skuad The Phoenix sudah tidak lagi bersaing di Liga Malaysia, namun ‘blueprint’ mereka masih kekal dan boleh dijadikan panduan oleh kelab-kelab lain.

Mungkin sudah tiba masanya Negeri Sembilan mempertimbangkan ‘blueprint’ PJ City untuk digunakan pada pasukan mereka.

Ya, ia akan mengambil masa untuk bentuk sebuah skuad yang mantap, tetapi untuk jangka masa panjang ia akan memberi manfaat buat kelab dan tidak mustahil mereka akan menjadi ‘kilang’ pemain kebangsaan nanti.

Dari membazir membayar gaji pemain import yang kualitinya hampir sama dengan pemain tempatan, lebih baik beri peluang kepada pemain tempatan untuk tunjukkan kemampuan mereka.