Sikh Izhan akui ketiadaan ramai pemain import beri peluang kepada pemain tempatan untuk beraksi

129

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan mengakui penghijrahan pemain import Safuwan Baharudin ke Selangor FC memberi impak kepada pasukannya, namun beliau mengambil perkara itu dari sudut positif.

Ini kerana menurut Sikh Izhan, ketiadaan ramai pemain import akan membuka ruang dan peluang kepada pemain tempatan terutamanya pemain muda untuk memperlihatkan kemampuan mereka.


“Kehilangan itu memang terasa, tapi untuk harungi musim ini saya rasa pemain-pemain muda lain juga boleh tunjukkan aksi mereka bermain.

Jika kita lihat pasukan lain mereka tak beri peluang kepada pemain muda tempatan kerana ia didominasi oleh pemain import, jadi apa salahnya kita guna pemain-pemain tempatan sedia ada.

InsyaAllah mungkin keputusan perlawanan selepas ini akan lebih baik,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau turut gembira apabila pasukannya berjaya menjaringkan gol di saat-saat akhir untuk mengikat KL City FC 1-1 pada perlawanan Liga Super petang tadi walaupun turun beraksi dalam keadaan serba kekurangan.

“Kita tahu yang kita ni serba serbi kekurangan dan tak banyak pasukan yang mempunyai bajet besar, jadi jurulatih beri kata-kata semangat kepada pemain untuk berikan yang terbaik.”

Sementara itu, Sikh Izhan yang merupakan pemain berstatus pinjaman berkata beliau akan bersaing untuk rebut tempat sebagai penjaga gol utama Selangor FC sekiranya diberi peluang nanti.

“Jika Selangor FC masih percayakan saya untuk bermain. Saya tahu saya masih muda dan perlu belajar dalam bola sepak Malaysia ni. Walaupun saya tidak bermain di Eropah atau Asia, namun main di Liga Super juga mencabar sebab bukan mudah.”