Komuniti ini adalah tempat berkumpulnya pemain yang bakal menyinar pada suatu hari nanti – Izzuddin Abdul Rahman

124

Pemain Futsal Komuniti Club, Izzuddin Abdul Rahman mengakui faktor sudah lama tidak beriadah adalah punca yang menjadi pendorong buat dirinya untuk turut serta dalam kelab futsal itu selepas melihat posting berkenaan kewujudan komuniti tersebut di laman Facebook.

“Saya mengikuti komuniti futsal ini kerana kerana sudah lama tidak bersukan dan selepas dijemput bermain futsal terus saya kekal aktif bermain futsal sehingga ke hari ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Izzuddin juga menganggap dengan adanya jurulatih profesional yang melatih komuniti tersebut merupakan satu peluang buat dirinya meningkatkan lagi kualiti permainan futsal.


“Dengan adanya jurulatih serta pengajaran cara bermain futsal yang sebenar secara tidak langsung dapat menyakinkan diri saya dan ahli komuniti yang lain untuk bermain futsal dengan cara yang betul.”

Beliau juga optimis bahawa platform Futsal Komuniti Club adalah satu ruang buat pemain-pemain yang berbakat menonjol suatu hari nanti serta tidak menolak kemungkinan bakal lahirnya pemain yang berpotensi dari komuniti tersebut.

“Untuk mereka yang tidak mempunyai kenalan dan pasukan, komuniti ini adalah tempat berkumpulnya pemain-pemain bakal menyinar pada suatu hari nanti.”

Beliau juga berharap agar lebih ramai masyarakat sekelilingnya dapat turut serta bersama kelab komuniti itu di masa akan datang dan akan merancakkan lagi arena sukan futsal di Malaysia agar semakin berkembang maju.

“Saya berharap lebih ramai akan menyertai komuniti ini di masa akan datang dan saya berharap sukan futsal akan lebih berkembang walaupun kini lebih ramai yang sudah beralih pada sukan bola padang.”