Kudrat Aiman dan Hariff ditagih rebut jersi merah dan hijau LTdL 2023-Emir Abdul Jalil

17

Le Tour De Langkawi 2023 bakal membuka tirai aksi perlumbaan mereka pada bulan hadapan dan Majlis Sukan Negara (MSN) masih menetapkan dua pelumba tempatan Aiman Zariff dan Hariff Saleh untuk mengulangi kejayaan dalam kejuaraan perlumbaan berprestij di Asia Tenggara itu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi LTDL 2023, Emir Abdul Jalal memaklumkan sandaran utama negara masih diletakkan buat raja bukit edisi lalu iaitu Aiman Zariff yang mana beliau mrmpunyai strategi yang tersendiri selain Hariff Saleh yang juga pernah mencipta nama dalam perlumbaan siri terdahulu.


“Pelumba tempatan, saya masih letakkan sandaran buat Aiman Zariff kerana daripada Terengganu Polygon Cycling (TSG) yanga mana kita tahu Aiman Zariff ini bukanlah pendaki sebenarnya tetapi beliau mempunyai strategi bagi setiap peringkat untuk mengumpul mata di kawasan-kawasan intermediate KOM, jadi apabila sampai di pendakiaan sebenar seperti Genting Highlands beliau memiliki mata secukupnya untuk kekal di tangga teratas,”

“Namun sekarang saya baru dapat tahu beliau kini sedang menjalani latihan di Genting Highlands dan saya yakin beliau mempunya sasaran tersendiri apabila tiba di Genting nanti dan dengan pengumpulan mata intermediate KOM semasa di peringkat kami yakin beliau akan membuahkan hasil seperti edisi sebelum ini,”

katanya.

Aiman Zariff yang memenangi jersi merah (raja bukit) secara dua kali berturut-turut bagi edisi 2020 dan 2022 itu baru-baru ini turut menggambarkan prestasi cemerlang apabila telah menjuarai perlumbaan peringkat kebangsaan.

Beliau yang kini beraksi bersama TSG mungkin boleh memberikan cabaran buat pelumba-pelumba dalam LTdL 2023 kali ini memandangkan jumlah pasukan terbaik dunia berkurang daripada enam pasukan bagi edisi sebelum ini menjadi hanya dua pasukan bagi musim ini.

Selain itu juga, Emir sendiri akui Hariff Saleh masih berpeluang untuk memberi saingan dan mendapat tempat dalam perlumbaan kali ini memandangkan beliau sebelum ini pernah menjadi salah satu watak utama pelumba Malaysia yang menyarung jersi kuning (pendahulu mata kesuluruhan) dan jersi hijau (raja pecut) bagi peringkat-peringkat dalam LTdL edisi terdahulu.

“Di bahagian peringkat saya lihat pelumba-pelumba pecut yang sertai pelumbaan kali ini adalah nama-nama hebat termasuklah sandaran kita iaitu Harith Salleh yang terdahulu beliau juga pernah menaiki podium meskipun banyak pasukan-pasukan besar yang sertai dan kejayaan Hariff Saleh edisi ini sekali lagi kami tagih untuk sekurang-kurangnya menaiki podium.”

Untuk rekod, Harith Salleh pernah beberapa kali menaiki podium dalam LTdL bagi edisi 2020 iaitu semasa di peringkat lima dan tujuh selain pernah juga menyarung jersi raja pecut bagi kejohanan Jelajah Malaysia bagi dua edisi berturut-turut bagi tahun 2013 dan 2014.