UCI pertimbang semula status ProSeries LTDL dalam 3 edisi mendatang-Datuk Ahmad Shapawi Ismail

31

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Haji Ahmad Shapawi Ismail tegaskan segala tunggakkan pembayaran sudah diselesaikan dan LTDL 2023 telah kembali ke dalam kalendar International Cycling Union (UCI) namun pihak pengajur perlu memastikan lebih banyak pasukan Dunia (UCI World Team) menyertai pelumbaan dalam edisi seterusnya.

Menurut Shapawi dalam kenyataan beliau memberitahu bahawa kini UCI memberi kebenaran LTDL dilangsungkan bagi edisi 2023 sehingga 2025 namun badan induk berbasikal dunia itu akan meneliti kembali status ProSeries yang diberikan kepada kejohanan berprestij ini berdasarkan jumlah World Team yang menyertainya bagi tempoh yang ditetapkan.


“Mengikut amalan yang ditetapkan oleh UCI sejak sekian lama penelitian dan pengkajian semula terhadapa status kategori suatu perlumbaan sebagai ProSeries UCI memerlukan penyertaan sekurang-kurangnya tiga World Team namun kali ini kita hanya berjaya mendapatkan dua sahaja,”

“UCI akan pertimbangkan semula kita punya status ProSeries selepas tiga edisi iaitu 2023, 2024 dan 2025 sekaligus untuk edisi mendatang kami akan cuba untuk tarik lebih banyak World Team untuk sertai LTDL,”

jelasnya.

Beliau yang ditemui semasa sidang media pelancaran LTDL 2023 turut memaklumkan sehingga kini sudah lengkap 22 pasukan bakal menyertai kejohanan tersebut dan antara dua World Team yang bakal menyertai edisi kali ini adalah Astana Qazaqstan daripada Kazakhstan dan EF Education Easyspot daripada Amerika Syarikat.

Selain itu, Shapawi turut memberitahu beberapa inisiatif yang bakal dilajalankan semasa tempoh kejohanan tersebut berlangsung bagi menarik lebih ramai peminat lumba basikal di seluruh Malaysia dalam memeriahkan perlumbaan LTDL edisi tahun ini.

“Kita telah jalankan beberapa promosi untuk menghebahkan lagi tentang LTDL ini yang mana pasukan kita sudah mula turun padang ke negeri-negeri untuk menguruskan kejohanan ini,”

“Antara promosi dan aktiviti sampingan yang kita jalankan adalah seperti Sorakan Sekolah dan Sorakan Kampung yang menawarkan pelbagai hadiah buat peserta selain kami juga adakan sesi penanaman 2023 pokok di sepanjang laluan LTDL kali ini merupakan satu langkah baru yang diambil penganjur dalam membawa kelainan bagi edisi kali ini.”

Menjelang sebulan sebelum LTDL 2023 berlangsung, Shapawi sendiri berharap dengan inisiatif dan usaha penganjur serta MSN dalam kelangsungan kejohanan lumba basikal berprestij ini mampu menarik lebih ramai peminat tempatan untuk menyokong para pelumba apabila bermulanya edisi perlumbaan kali ini.

LTDL 2023 yang mempunyai lapan peringkat dan berlangsung selama lapan hari itu akan memulakan perlumbaan mereka di Kerteh, Terengganu pada 23 September dan berakhir di Kuala Lumpur pada 30 Sepetember ini.