Choi Moon-sik jaga kebajikan pemain, tapi beliau hanya buat latihan untuk pemain utama sahaja – Ikhwan Yazek

1,255

Bekas pemain Kelantan FC, Ikhwan Yazek berkongsi pengalamannya ketika bermain dibawah kendalian ketua jurulatih Choi Moon-sik yang mana beliau sifatkan pengendali itu seorang yang menjaga kebajikan pemain.

Menurut Ikhwan, Moon-sik tidak akan membenarkan pemain berlatih sekiranya kualiti padang tidak berada dalam keadaan baik.


Bagaimanapun beliau sedikit terkilan apabila pengendali dari Korea Selatan itu sering menyisihkan pemain simpanan pada sesi latihan.

“Coach Choi banyak jaga kebajikan pemain-pemain contohnya beliau tidak akan benarkan sesi latihan dijalankan sekiranya padang tidak baik.

Cuma kesilapan beliau, beliau hanya buat latihan untuk pemain kesebelasan utama sahaja dan lain diketepikan dengan alasan bimbang pemain akan cedera,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Ikhwan juga berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana hanya mengikut arahan sahaja dan tidak masuk campur urusan ketua jurulatih.

Beliau adalah salah seorang pemain The Red Warrior yang mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal susulan masalah gaji yang menimpa pasukan itu dengan teruk sekali.

Biarpun ‘cintanya’ terhadap dunia bola sepak menebal tapi beliau terhadap korbankan apabila mendapat tawaran kerja dengan sebuah agensi kerajaan di negeri Kelantan sekaligus menjamin masa depannya.

Dalam pada itu, walaupun kini sudah bekerja namun pemain berusia 23 tahun itu masih lagi menaruh harapan untuk kembali bermain bola sepak sekiranya mendapat tawaran yang berbaloi.

“Saya akan lihat pada gaji terdahulu dahulu, jika kelab jauh mungkin saya agak keberatan tapi kalau di Kelantan mungkin saya akan kembali bermain.”

Beliau turut dedahkan ada mendapat banyak tawaran dari kelab Liga Super tetapi terpaksa menolak ketika itu kerana sedang dalam proses pemulihan dari kecederaan.

Malah beliau turut memberitahu yang beliau terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk merawat kecederaannya sepanjang tempoh lima bulan.

Sementara itu, Ikhwan berkata walaupun beliau kini sudah bekerja namun beliau masih lagi bermain bola sepak secara sosial yang mana beliau mahu tingkatkan semula keyakinannya.