Kelantan FC masih belum bayar tunggakan kepada Choi Moon-sik – Leo Jeong

154

Ketua Pegawai Eksekutif JMH Sports Agency, Leo Jeong mendedahkan kliennya, Choi Moon-sik yang pernah menjadi ketua jurulatih Kelantan FC masih lagi belum menerima apa-apa pembayaran tertunggak daripada kelab itu.

Katanya, buat masa ini, mereka hanya menunggu tindakan susulan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas memenangi kes ke atas kelab itu pada Julai lalu.


“Sekarang ini tiada perkembangan terbaru, mereka (Kelantan) masih belum bayar lagi jurulatih saya (Moon-sik).

Jadi buat masa ini kita tunggu sahaja apa tindakan seterusnya,”

katanya.

Katanya, perkara itu tidak membuatkannya marah terhadap bola sepak Malaysia kerana ia hanya melibatkan kelab itu sahaja.

Tambah Jeong, beliau hanya kasihan kepada jurulatih serta pemain yang tidak mendapat bayaran selepas berusaha bersungguh-sungguh.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai prestasi ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang turut berasal daripada Korea Selatan.

“Saya lihat beliau melakukan tugas yang baik di sini, beliau sudah seperti seorang ‘superstar’ di sini.

Saya yakin beliau mampu buat yang terbaik untuk Malaysia, untuk Piala Asia nanti saya lihat kualiti Malaysia semakin baik jadi mungkin tidak mudah bagi Korea Selatan.”