Kebanyakan pemain mempunyai kontrak sehingga penghujung 2024 – Ong Kim Swee

417

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan bahawa kebanyakan pemain-pemainnya masih mempunyai kontrak bersama pasukan sehingga penghujung 2024 sekaligus menyangkal laporan yang mendakwa beberapa pemain pasukan itu akan berhijrah pada musim hadapan.

“Biar saya jelaskan di sini, pertama kebanyakan pemain mempunyai kontrak sehingga penghujung 2024, jadi kalau ura-ura itu hanya datang dari media sosial kita tidak boleh mempercayai.

Jika ada pasukan yang berminat pada para pemain Sabah FC, saya minta mereka lakukan secara profesional kerana kita tahu di penghujung musim ini kebiasaan ada ‘pancing memancing’ ini biasa berlaku.

Tapi dengan adanya perlawanan penting seperti perlawanan esok dan perlawanan akhir Liga Super, saya tidak ingin pemain saya diganggu. Jadi saya harap semua pihak dapat faham,”

katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga memberitahu dengan pasukan kini mempunyai pengurusan baru, pastinya sedikit perubahan akan berlaku dalam skuad The Rhinos.


“Kita mempunyai pengurusan yang baru dan sudah tentu ada perubahan sedikit. Pada masa sama kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kita dan apa yang akan berlaku selepas dua perlawanan ini saya akan berbincang dengan pihak tertinggi pengurusan untuk tentukan hala tuju pasukan musim depan.”

Tambahnya lagi, pihaknya perlu menerima apa sahaja keputusan daripada pihak pengurusan termasuk bajet yang diberikan dan apa yang mereka harus lakukan pada musim hadapan.

Beliau juga percaya pengurusan baru tahu apa keperluan yang diperlukan oleh pasukan demi kebaikan bola sepak di negeri itu.