Walaupun tidak lagi aktif di sosial media, Zamsaham masih lagi bekerja di sebalik tabir untuk Kelantan FC

84

Sudah agak lama rasanya tidak melihat pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham muncul di media sosial atau mana-mana media selepas kemelut yang melanda pasukannya kian melarat.

Ramai penyokong Kelantan yang tertanya-tanya ke mana perginya beliau kerana satu ketika dahulu, beliau begitu aktif dan vokal dalam membuat kenyataan terutama di Facebook peribadinya.


Kali terakhir beliau membuat hantaran atau kenyataan mengenai Kelantan adalah pada September lalu, di mana ketika itu Kelantan sedang dibelenggu pelbagai masalah dalam dan luar padang.

Walaupun terdapat laporan yang mengatakan bahawa beliau bersedia untuk menjual kelab itu kepada individu yang berminat, namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Disebabkan beliau kini sudah tidak lagi aktif muncul di mana-mana media, ramai yang mula menganggap bahawa Zamsaham sudah tidak lagi kisah akan pasukan Kelantan.

Namun, beliau dilihat hadir dalam satu majlis bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenai Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) baru-baru ini mewakili pasukan Kelantan.

Dalam program itu, beliau dilihat turut memberi pandangannya dengan berucap memegang mikrofon.

Walaupun sudah tidak lagi muncul di hadapan media, Zamsaham nampaknya masih lagi aktif bekerja untuk Kelantan di belakang tabir

Ia sedikit sebanyak menjawab persoalan pihak tertentu mengenai keberadaannya selama tempoh beliau ‘menghilang’.