Besar impak kritikan penyokong kepada bintang bola sepak, mungkin tiba masanya untuk kita ubah?

115

Pernahkah terfikir betapa besarnya efek kata-kata dari para penyokong kepada seseorang atlet?

Bukan sahaja tanggungjawab berat yang dipikul sudah didalam fikiran mereka, namun hentaman warga net diluar sana turut akan menambahkan beban dan menganggu mental mereka.


Diantara sesama bintang bola sepak, pastinya mempunyai peminat tersendiri.

Pemain yang beraksi cemerlang akan mendapat pujian hebat, namun apa pula nasib pemain yang mencatatkan prestasi kurang baik?

Ada yang turut dipertikaikan meskipun baru sahaja mendapat peluang untuk beraksi, selepas lama ‘tenang’ di bangku simpanan ataupun direhatkan akibat kecederaan.

Apa kata jika para penyokong cuba untuk mengubah konsep itu dengan memberikan kata-kata semangat yang sama rata dan saling membina kepada semua pemain?

Ianya bukan sahaja membuatkan kesemua pemain untuk rasa tidak terlalu dibanding-bandingkan antara satu sama lain, malahan ia membantu bagi pemain elit juga untuk tidak berasa begitu cepat selesa dengan prestasi kendiri.

Contoh dapat dilihat sewaktu pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa yang tersenarai didalam 26 pemain yang akan ke kem latihan Harimau Malaya pada 26 Disember lalu.

Terlalu ramai yang mempersoalkan kemunculan beliau oleh sebab mereka merasakan pemain naturalisasi itu tidak layak untuk mewakili skuad kebangsaan.

Ianya kerana melihatkan reputasi kurang memberasangkan pemain itu selain tempoh minit perlawanan yang tidak begitu lama.

Pabila sempat disoal mengenainya sebelum bertolak ke Qatar bagi perlawanan Piala Asia bulan ini, Natxo mengakui bahawa dirinya tidak membaca sebarang hantaran di media sosial.

Sebaliknya beliau hanya berterima kasih kepada para peminat tegar yang tidak henti menyokongnya.

Tindakan itu sejujurnya amat dipuji demi menjaga mood pemain agar tidak cepat terasa sekaligus menambahkan tekanan pemain untuk beraksi di perlawanan seterusnya.

Ianya turut mendapat penyetujuan bintang lagenda bola sepak negara, Safee Sali kelmarin yang menyatakan bahawa mereka seharusnya terus fokus dengan kerjaya mereka.

Menurutnya kecaman dari warga net tidak perlu dihiraukan sehingga terpengaruh yang mampu merosakan prestasi mereka di atas padang.

Jangan disalahkan pemain jika sesebuah skuad kebangsaan atau kelab yang diminati tewas didalam suatu perlawanan, kerana ianya mungkin juga hasil dari kata-kata negatif dari penyokong.

Kata-kata motivasi jugalah yang akan menaikkan semangat mereka demi memberikan persembahan yang terbaik.

Perlu untuk para penyokong ingat bahawa atlet-atlet juga mempunyai hati dan perasaan serta ahli keluarga yang juga bebas terkena tempias dari kecaman itu.